Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Thursday 3 November 2011

Cita CETAK-CETAK

Assalamualaikum^^

hai blogger , hai semua pembaca yang sudi menyinggah ke blog semak otak ni , aku tak pandai nak berfalsafah ni , berfalsampah terrer la hehe , maaf la kalau ada tersilap kata k , semoga hidup kita semua berjalan dengan indah dan lancar hari ini .



entry , entry , entry !! Cita Cetak ! ape kebenda kau merepek kerapu ni nad ! actually nad nak cerita tentang cita cita kita sejak kecil sampai kita dah besar sekarang , dulu kita memang pandai merancang dan berangan angan kan tapi suka-suka aje masa budak liuran dulu , berangan ni memang banyak sampai tak tercetak dalam kepala otak ni !

Cita Cetak !!!! now 3 , 2 , 1 ^^

#1 . masa kita masuk tadika dulu , cita cita kita nak jadi guru tadika tau hehe , konon la cikgu tadika tu macam best jaga budak budak yang BAIK macam kita dulu !

#2. lepas tu masa kita sekolah rendah darjah empat , kita nak jadi pelukis terkenal ! aww! gila demand masa tuh !! kita nak jadi seorang penggiat seni , sebab time to memang minat melukis konon A++ . kemain aku la !! sampai semua orang memang menyokong la sebab kita selalu menang pertandingan melukis hehe BANGGA PLUS HIDUNG MANCUNG!!! 

#3. masa darjah enam plak , kita still nak jadi seorang guru tapi UP SIKIT (guru sekolah rendah) sebab masa tu ada guru baru masuk tau , hensem mak! haha so kita rasa kita minat nak jadi guru la time tu ! nampak macam gempak gila jadi guru banyak peminat !! nad kau memang gila glamor la !! ( masa tu)

#4. lepas kita melangkah sekolah menengah , kita stuck nak pergi mana sebab UPSR kita 2a3b je , time tu budak hingusan tak layan buku buku ni ! jangan bagi tau mak aku !!!!haha , kita form 1 , kita berazam kita nak kawin dengan orang kaya , anak datuk la kononnya, yang ada keta besau , ada maid gitu , selamba kita fikir kita tak yah la keja susah susah an :P . perasan kau ! demand nak mampusss ketika itu , senior datang ngorat pun "lantak kau la!!" konon nak cari anak datuk sampai dapat !haha ( mati aku kalau datuk/datin baca , semua bawak sembunyi anak dorang ! )

#5. kita dah makin meningkat remaja , form 3 kita dah boleh fikir masa depan , kita nak jadi seorang chef terkenal , inspirasi dari bapa kita sendiri seorang chef , kita tengok dia masak kita pun minat nak jadi tukang masak profesional konon !! melampau kan !! 

#6. macam biasa kita dah berpijak dibumi yang nyata, kita memang tiada bakat memasak ! merosak ada la ! bila kita form 4 , kita aktif dalam olahraga ! konon kita ni hebat la!! boleh jadi atlit nanti besar dan jadi anak bangsa yang membanggakan negara ,(tinggi nya mimpi aku) tapi malangnya kita tak cukup hebat haha! dalam masa yang sama kita ni beria ia nak jadi akauntan tau sebab kita ambil aliran akaun , yang ada hampeh setelah kita mula menyampah gila dengan akaun ! bapak kau susah gila nak pahemm masa exam ! terus melayangggg ~~~

#7. sampai je kita berumur 17 tahun , kita kena fokus kan ? kita kena buat pilihan ni , "apa nak pilih ni !!nak habis sekolah dah !! nak spm dah ! kena ada jalan ni !!! hahaha . . okey seterusnya saya akan merahsiakan apa saya nak jadi pada masa itu dan hari ini !!jangan marah !!!! 

bila saya dah mencapai cita-cita saya nanti saya akan khabarkan pada korang k. . funny la cita-cita masa bebudak dulu , langsung tak masuk akal ! ingat nak jadi SURI RUMAH je la : P haha

okey semua , HIDUP HANYA MERANCANG , YANG PENTING SELEPAS RANCANG KITA USAHA !! INSYAALLAH ALLAH ITU MAHA ADIL !! SETIAP USAHA ADA GANJARAN ! DOA DAN TAWAKAL :)

bubye semua , terima kasih kerana membaca :)

CEO rumah saya ^^
.................................
YANG BENAR 
NAD :p

"jalanku"











No comments:

Post a Comment