Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Monday 31 October 2011

Ragam "roadwalk"

Assalamualaikum

Hai pembaca , hai blogger , hai STALKER , grrr hehe , mesti bosan kan hari hari tengok nad update blog sebab tak de benda nak buat dah , facebook pun dah diactivated sebab tak tahan dengan kerenah manusia berlagak ala ala malaikat teragung haha kemain aku kutuk orang huhu , actually nad rasa nad dah cukup tabah nak hadapi ni semua , andai kata ketabahan itu tidak dikurniakan oleh Allah , agaknya apa akan jadi kat manusia selemah nad ek ? =.=' bingung sebentar !

berlandaskan entry kita pada hari ini , wahhh kemain ayat bombastik spm , haha my spm dah over okey , >,<
ragam "roadwalk" !!! pekebenda ni ek roadwalk ? korang biasa dengar tak ? haha mai sini nak explain , "roadwalk" adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di PULAU PINANG , kalau dalam bahasa melayu and rock nya kita panggil "lorong kulit " . dekat sini kalau korang nak dapat kan barang murah-murah petik jari je derr . >,< haha . mai tau jangan tak mai , 

nampak tak sign tu ? cari binatang ni sampai jumpa 
kalau datang penang nohh , :)

okey ! apa aku buat dekat "roadwalk" ? nad bekerja sebagai C.E.O mak ! haha kiddin , nad tolong mak nad meniaga "roti bakar" MAMI dekat situ , fuuhh mai la pekena roti bakar cheq buat ni , sedaappp ! perasan sebentar -.-' . dah berapa bulan nad mengganggur so masa nad free nad tolong mak nad meniaga . disebabkan perniagaan ini laris so pulangan yang nad dapat pun tebal la ,  jangan jeles hehe

kalau nak diceritakan pasal ragam manusia dekat "roadwalk" ni emang tak terkata la , macam-macam ragam kita dapat lihat , macam-macam perasaan yang berbaur kat hati ni , adakala kita rasa sedih sangat tengok orang yag tak berkemampuan , adakala kita tengok mereka ni hidup penuh kemewahan ,

Ragam yang saya lihat di "roadwalk"'

1. seorang bapa yang mendukung anak dia yang masih bayi dengan penuh kasih sayang , lihat keikhlasan dimuka dia , "isteri dia makan la hehe" ,

2. seorang ibu yang terpaksa menjaga 4 orang anak kecil kerana suami nya baru ditangkap polis disitu atas kesalahan dadah , "kesian kan " ;'(

3. seorang lelaki tua berpakaian comot , hari hari mencari sampah , dan masuk dalam sampah besar tu , cari apa yang patut untuk dijual bagi menyara hidup dia , ( kalau kita jadi dia tentu kita tak masuk dah tempat busuk tu kan , kalau kita mesti ayat ni "eeeeee" hehe tapi dia tak kesah pun )

4. seoarng lelaki muda berkaki capit meminta simpati orang ramai , meminta wang bagi menyara hidup dia , ( entah yang ni nak percaya ke tidak sebab banyak orang berlakon sekarang kan ? itu kerja dia dengan Allah kalau dia nak menipu walwahhualam )

5. seorang wanita tua yang tidak sempurna , dia cacat kaki dan tiada paras rupa , dia berusaha kerja setiap hari berhampiran dengan kedai nad , setiap hari dengan kaki dia yang cacat tu , baik sangat hati dia , . baju pun kadang-kadang orang sedekah kan untuk dia :)

6. lastly cerita lawak la , budak ni sampai nangis sebab tak dapat makan roti bakar nad , roti dah habis masa tu , terharu sangat hehe :') , akhirnya mak nad usahakan bagi dia tak nagis dan  dia dapat juga makan , lucukan hehe

gambar kiasan dari "lorong kulit"

seorang anak seni jalanan yang menyara diri dengan menyanyi :)


barang antik yang korang boleh dapat kan , kalau 
tok wan korang mengidam nak barang antik boleh dapatkan kat sini ek ? haha
kemain lagi mulut aku haha

boleh dapatkan kasut yang murah dekat sini kay ,

orang tua yang berusah mencari rezeki ^^

akhir sekali saja nak buat perasan , nak promote roti bakar mami cheq 
haha , belum try belum tau !


kawan-kawan , sebenarnya banyak lagi yang ragam yang nad lihat tapi saya kan otak manusia mudah lupa la hehe , ni pun saya dah beku dah ni , sampai sini saja sokseh sokseh saya , 

sebagai hamba Allah di muka bumi ini , ada ramai lagi yang tidak bernasib baik , so jangan la kita asyik merungut dengan apa yang kita miliki sekarang , cuba kalau orang yang tak bernasib baik itu dapat kehidupan kita dia mesti dah cukup bersyukur sebab kehidupan dia dulu lagi rendah dan hina dimata manusia ,

kita manusia jangan terlalu berbangga diri dan jangan pandang hina pada orang yang tidak sesempurna kita kay  , semua yang kita dapat ini anggap la rahmat dari Allah , yang lebih kita bahagi-bahagi kan , :) . . 

semoga bersokseh sokseh lagi kawan-kawan .

hope kita semua dapat pelajari sesuatu dari sini , "setiap yang kita lihat adalah teladan " ^_^



yang menanti seseorang yang memahami hati ini ^^

C.E.O ROTI BAKAR hahahahahahah nad :)

.........................................................................

"jalanku"




No comments:

Post a Comment