Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Monday 31 October 2011

Ragam "roadwalk"

Assalamualaikum

Hai pembaca , hai blogger , hai STALKER , grrr hehe , mesti bosan kan hari hari tengok nad update blog sebab tak de benda nak buat dah , facebook pun dah diactivated sebab tak tahan dengan kerenah manusia berlagak ala ala malaikat teragung haha kemain aku kutuk orang huhu , actually nad rasa nad dah cukup tabah nak hadapi ni semua , andai kata ketabahan itu tidak dikurniakan oleh Allah , agaknya apa akan jadi kat manusia selemah nad ek ? =.=' bingung sebentar !

berlandaskan entry kita pada hari ini , wahhh kemain ayat bombastik spm , haha my spm dah over okey , >,<
ragam "roadwalk" !!! pekebenda ni ek roadwalk ? korang biasa dengar tak ? haha mai sini nak explain , "roadwalk" adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di PULAU PINANG , kalau dalam bahasa melayu and rock nya kita panggil "lorong kulit " . dekat sini kalau korang nak dapat kan barang murah-murah petik jari je derr . >,< haha . mai tau jangan tak mai , 

nampak tak sign tu ? cari binatang ni sampai jumpa 
kalau datang penang nohh , :)

okey ! apa aku buat dekat "roadwalk" ? nad bekerja sebagai C.E.O mak ! haha kiddin , nad tolong mak nad meniaga "roti bakar" MAMI dekat situ , fuuhh mai la pekena roti bakar cheq buat ni , sedaappp ! perasan sebentar -.-' . dah berapa bulan nad mengganggur so masa nad free nad tolong mak nad meniaga . disebabkan perniagaan ini laris so pulangan yang nad dapat pun tebal la ,  jangan jeles hehe

kalau nak diceritakan pasal ragam manusia dekat "roadwalk" ni emang tak terkata la , macam-macam ragam kita dapat lihat , macam-macam perasaan yang berbaur kat hati ni , adakala kita rasa sedih sangat tengok orang yag tak berkemampuan , adakala kita tengok mereka ni hidup penuh kemewahan ,

Ragam yang saya lihat di "roadwalk"'

1. seorang bapa yang mendukung anak dia yang masih bayi dengan penuh kasih sayang , lihat keikhlasan dimuka dia , "isteri dia makan la hehe" ,

2. seorang ibu yang terpaksa menjaga 4 orang anak kecil kerana suami nya baru ditangkap polis disitu atas kesalahan dadah , "kesian kan " ;'(

3. seorang lelaki tua berpakaian comot , hari hari mencari sampah , dan masuk dalam sampah besar tu , cari apa yang patut untuk dijual bagi menyara hidup dia , ( kalau kita jadi dia tentu kita tak masuk dah tempat busuk tu kan , kalau kita mesti ayat ni "eeeeee" hehe tapi dia tak kesah pun )

4. seoarng lelaki muda berkaki capit meminta simpati orang ramai , meminta wang bagi menyara hidup dia , ( entah yang ni nak percaya ke tidak sebab banyak orang berlakon sekarang kan ? itu kerja dia dengan Allah kalau dia nak menipu walwahhualam )

5. seorang wanita tua yang tidak sempurna , dia cacat kaki dan tiada paras rupa , dia berusaha kerja setiap hari berhampiran dengan kedai nad , setiap hari dengan kaki dia yang cacat tu , baik sangat hati dia , . baju pun kadang-kadang orang sedekah kan untuk dia :)

6. lastly cerita lawak la , budak ni sampai nangis sebab tak dapat makan roti bakar nad , roti dah habis masa tu , terharu sangat hehe :') , akhirnya mak nad usahakan bagi dia tak nagis dan  dia dapat juga makan , lucukan hehe

gambar kiasan dari "lorong kulit"

seorang anak seni jalanan yang menyara diri dengan menyanyi :)


barang antik yang korang boleh dapat kan , kalau 
tok wan korang mengidam nak barang antik boleh dapatkan kat sini ek ? haha
kemain lagi mulut aku haha

boleh dapatkan kasut yang murah dekat sini kay ,

orang tua yang berusah mencari rezeki ^^

akhir sekali saja nak buat perasan , nak promote roti bakar mami cheq 
haha , belum try belum tau !


kawan-kawan , sebenarnya banyak lagi yang ragam yang nad lihat tapi saya kan otak manusia mudah lupa la hehe , ni pun saya dah beku dah ni , sampai sini saja sokseh sokseh saya , 

sebagai hamba Allah di muka bumi ini , ada ramai lagi yang tidak bernasib baik , so jangan la kita asyik merungut dengan apa yang kita miliki sekarang , cuba kalau orang yang tak bernasib baik itu dapat kehidupan kita dia mesti dah cukup bersyukur sebab kehidupan dia dulu lagi rendah dan hina dimata manusia ,

kita manusia jangan terlalu berbangga diri dan jangan pandang hina pada orang yang tidak sesempurna kita kay  , semua yang kita dapat ini anggap la rahmat dari Allah , yang lebih kita bahagi-bahagi kan , :) . . 

semoga bersokseh sokseh lagi kawan-kawan .

hope kita semua dapat pelajari sesuatu dari sini , "setiap yang kita lihat adalah teladan " ^_^



yang menanti seseorang yang memahami hati ini ^^

C.E.O ROTI BAKAR hahahahahahah nad :)

.........................................................................

"jalanku"




Sunday 30 October 2011

Ego plus KERAS HATI

Assalamualaikum

hai blogger , hai stalker , hai pembaca setia , haha . .saya rasa nak tercabut tulang ! penat seharian nad bekerja hari ini tapi alhamdullillah mendapat pulangan yang agak berbaloi dan lumayan wee , sumpah penat ! belasahh jelahhh . . setelah itu nad mula menjadi badak sumbu terperap dalam dunia sendiri bagaikan katak dibawah tempurung (bilik) zzzzzz . nad rasa anda cukup bijak untuk mentafsirkan maksud nad hhee (>,<).

orang ego jarang mencerminkan diri sendiri :)

okey berkenaan entry diatas , nad rasa ramai yang lebih tahu tentang sifat ego masing-masing , tapi bagi nad ego itu boleh dikawal dan diubah dan digilap dan di lembutkan dan dijatuhkan hahahaha
kalau nak tahu la , nad bukan seorang yang egois dan bagi nad mengalah dalam semua perkara adalah yang terbaik , dalam islam pun diharuskan bersabar dan beralah jika ada pergaduhan , selalunya nad la yang tergedikkk minta maaf even not my fault , sebab hanya NAK JAGA HATI ORANG LAIN . penat kan ,

bila agaknya orang egooo tinggi selangit ni nak paheeemmmm kita , first time nad kenal orang yang keras hati sekeras kepala dia herh, macam mana nak selesaikan perkara dengan orang sekeras ini ek ?? 
kalau perlu nanti nad kenalkan pada korang , nak tak ? eh tayah la haha , jangan nak gatal2 kay haha

benda yang korang tak boleh buat dengan orang egooisss ni : (jeng jeng)

1. jangan cakap benda yang berkenaan peribadi 'dia" contoh pasal solat , agama , pasal family , dan seangkatanyan yang berunsur ada kena mengena dalam hidup dia walau sezarah ( kalau korang cakap buka mulut sekali sah korang kena fireeee . . terang-terang walaupun NIAT KORANG BAIK . . better jahit mulut tu) 

2. jangan nak try konon-konon paham masalah dia padahal harammm kau tak paham sepatah haha , lepas tu kau buat-buat paham kau cuba nak selesaikan , NO ! NO! NO! . .jangan sesekali "buat tau tau " paham tak ? nanti korang yang merana ..wuuu. . trust me..nad dah penat =.='

3. orang macam ni , jangan la kau cuba-cuba pushh dia suruh buat benda ni , suruh datang sini , suruh pergi sini , AJAK SANA SINI. . say no to this situation , jangan lakukan ini jika tidak hubungan anda hanya berdiri atas tembok menanti jatuh kiri atau kanan , :p . . (menanti robohh kebabomm) haha

4. jangan cuba-cuba nak nasihat kan dia , sebab bagi orang egoo depa ja yang betul semua orang lain salah sama sekali , depa yang tau semua "hampa tak tahu apa-apa ,hampa duduk diam-diam " . . something like that laa. . 


perkara yang anda harus lakukan untuk berdepan dengan orang eggooo ni : (jeng jeng)

1. korang perlulah mengalah all the time walaupun korang tak penah salah , korang mengalah je la , atleast send message "imsorry my fault" haha kerja aku tu ! . . 

2. korang bagi la ayat-ayat yang jambu menjambu sikit or buat la lawak untuk mengembirakan hati dia yang tengah marah tu , warning jangan terlalu over untuk memperbaiki kalau tak jadi lebih teruk . so biar ala kadar pada permulaannya

3. korang hantar la message sebanyak mana mungkin sampai dia sedar yang korang betul perhatian dekat dia . kalau dia tak nak angkat fon dia , korang buat je voicecall . . ^_^

4. ungkitkan la nostalgia lama-lama yang indah-indah bersama dia supaya dia sedar bertapa beharganya satu pertemuan dan hubungan ,

5. bagi hadiah ikut bajet korang la, kecil pun tidak mengapa ,janji ia datang dari hati korang yang ikhlas tu .

6. dan yang paling penting disetiap solat dan sujud korang kepada Allah , sentiasa la doa-doakan pada yang Maha Penyayang supaya Allah membuka pintu hati manusia yang ego ini untuk lembut dan memahami :) amin

bukan senang nak hadapi orang macam ni , orang yang berpengalaman dan berilmu luas pun belum tentu dapat hadapi orang ego , sedangkan kita sendiri yang akan disakiti balik , kita sendiri yang akan merana , 
walau apa pun . selagi sabar kita ada insyaALLAH tuhan beri yang terbaik untuk kita ,

hanya mampu bertahan aje . :)

jangan pulak korang pun EGOO .. kalau tak, memang tak selesai lah masalah kat dunia ni kalau semua orang egoo . . aku katokkk sorang sorang kot , meluat ! =.='

ok reader ,samap sini saja sokseh sokseh nad , thank you kerana sudi membaca ,

SELAMAT MALAM DAN SELAMAT ISYAK semua blogger

"jalanku"











Saturday 29 October 2011

PENJAGAAN RAMBUT

Assalamualaikum 

hai blogger , hai pembaca semua , posting kedua buat hari yang membosankan >,< , dushhhh amat membosankan sampai hari ini asyik cari makan aje , makan sup mushroom , makan roti paratha fuyoo fuyooo kenyang plus gemokk lo nad macam ni hehe , sesudah itu main game shockwave.com , macam ni la kerja nad hari-hari , facebook pon nad dah delete kerana bagi nad facebook banyak meduga hati dan perasaan , facebook banyak menimbulkan masalah dalam sesuatu hubungan , nad ambil keputusan untuk mendelete the mengarut facebook , ok mengarut perosak bahasa la saya ni , rojak nanas betul huh , 

Berbalik pada entry dan tujuan sebenar hehe , nad baru habis membelai rambut kita heuheuheu , ok kepada muslimah muslimah di luar sana , walaupun kita bertudung dan melitupi rambut kita , kita tetap kena menjaga rambut kita sebaik mungkin , biarlah ia menjadi rahsia diri kita dengan Allah dan muhrim kita , :)

Rambut penting tau >,< . . biarlah ia menjadi kepuasan diri sendiri bila melihat diri kita di cermin . pasti hati merasa tertawan dan bersyukur melihat kesempurnaan yang Allah ciptakan buat kita , indah indah indah , dengan itu perlulah kita menjaganya dengan sebaik-baik yang Allah ciptakan ^_^

nad guna ini untuk rambut nad ^_^ hehe malu malu malu . . soft gitu . try la kay 

sunsilk dan adik beradik nya 

penting untuk orang bertudung menjaga rambut setelah berjam-jam membiarkan rambut dalam tudung , nanti rambut boleh busuk , tumbuh kelimumur , nanti boleh ada kutu : p tau hehe , so penting penting penting ,
mengikut kajian bila kita membasuh dan membelai rambut kita , automaticly kita akan rasa lebih tenang , lebih berkeyakinan dan rasa lebih bersih serta segar weeeee :) yang penting hilang tension wuu hehe

cara penjagaan rambut :
1.  mencuci rambut dengan syampo sunsilk 
2. lepas cuci guna conditioner sunsilk dan bilas rambut 
3. selepas itu keringkan rambut dan belai rambut dengan sunsilk treatment 
4. akhir sekali sapukan rambut dengan sunsilk protecting 

(pasti rambut anda menjadi lebih lembut , cantik ,dan senang diurus bila bertudung semula , p/s : terutama buat wanita yang berambut panjang dan kerinting ^_^)

Serlahkan keyakinan diri anda bersama sunsilk !! wahhh dah macam sunsilk punya model hehe . . 

demand kau ! haha BELASAHHHH JELAHHH

okey pembaca , sampai sini saja sokseh sokseh nad ,

bila free nad share dengan korang yang hebat-hebat to kay .

"saya hidup dengan cara saya , bersyukur dengan apa yang anda ada yang saya tak ada " get it ? 


sayonara guyyss


SELAMAT MALAM :)

"jalanku"











Friday 28 October 2011

Pilih Sayang Atau Cinta ?

Assalamualaikum

hai semua pembaca , wahhh bangun-bangun tidur nad mimpi ngeri o.O. lastly bangun-bangun terus mencapai laptop disebelah . hehe kerja anak dara sekarang =.=' . kesian mak kiteeuu nasib la dia pergi kerja hari ini kan ? sarapan pun belum lagi ni , tapi apa yang penting pagi-pagi bila kita dah sedar dari tidur , kita perlu berdoa bersyukur kerana diberi peluang untuk meminjam nyawa lagi hari ini dari Allah SWT . Setiap hari adalah hari yang baru , so im am a new one today >,< lupakan yang lalu , mulakan yang baru ! life is awesome !

Berdasarkan entry diatas "pilih sayang atau cinta" ? ? alamak entry macam gedix gituuww hehe , actually ini adalah salah satu pengalaman dalam hidup yang nad nak share , kalau korang bercinta dan dalam masa yang sama korang cinta orang lain lagi tapi korang sedar yang korang bercinta sekarang adalah orang yang korang sayang saja , no feeling cinta ? =.=' so it's weird right ? 

then mula la gelisah macam cacing kepanasan . apa nak dibuat ek? siapa aku nak pilih ni ? kalau dua2 dah sayang ? 


and now , cerita ni jadi lebih dramatik and bombastikkkk , 
terpaksa lah korang korban kan orang yang korang sayang untuk orang yang korang cinta , dan orang yang akan disakiti adalah orang yang hanya disayang sahaja , itulah takdir , nak tak nak dia terpaksa disakiti buat sementara atau selamanya , 

love or love? sayang atau cinta ? makna berbeza tapi "love' same 
rumit rumit rumit
bukan senang nak berkorban untuk orang yang korang cinta , bukan senang nak putuskan hubungan dengan seseorang untuk orang yang dia cinta , so ini adalah pengalaman dalam hidup nad sendiri , 

sampai hari ini , nad masih rasa bersalah because i am the one that he love(cinta) , and she is the one that he "Love"(sayang) . 
sebab nad, dia terpaksa tinggalkan orang yang dia sayang untuk orang yang dia cinta , sad kan ? nad baru tahu and rasa nad ni merosak hubungan orang yang baru nak berputik , but not my fault too , nad tak tahu dorang masih berhubung and nad tak tahu yang "dia" CINTA pada nad , nad cuma orang yang tak tahu apa-apa then baru tahu sekarang hehe , slap my face -.-'

bila kita dapat tahu , rasa amat bersyukur sangat ada orang sampai sanggup berkorban demi cinta , 
tak ramai orang nak buat macam too , so i think this is my true love , amin 

yang sedih nya tak sanggup tengok gadis yang disayang too terus rasa kesakitan , hope she will start a new life with somebody else yang cinta dia betul-betul bukan main-main : )
bukan salah dia , bukan salah nad ,dan bukan salah dia , 

tip nak tahu orang betul-betul cinta korang : (jeng jeng)

1. kalau dia minta couple , korang just kawan dengan dia sampai bila dia sanggup bertahan dan tunggu korang
( kalau dia bertahan sampai berapa tahun dia cari korang tunggu korang and that is truee love)

2. uji lah cinta dia sampai tahap mana cemburu dia dekat korang

3. lihatla apa yang dia sanggup buktikan yang dia betul-betul cintakan korang . pasti ada :) trust me

4. kalau dia dah bawa korang jumpa family dia , itu menunjukkan yang dia betul-betul sedia nak family dia tahu "she is the only one i want to married " hehe insyaAllah jodoh ditentukan ALLAH , kita manusia berusaha :)

5. tengok la bila dia bawa korang jumpa kawan-kawan dia, cuba tengok wajah kegembiraan dia dalam memperkenalkan korang dengan rasa bangga ni awek aku, dalam erti kata dalam hati ang tersirat "yeaahh she mine okey , korang jangan ambil" -.-' hahaha


that all for today , semoga korang jumpa seseorang yang mencintai korang , tak cukup sahaja kalau kita yang mencintai takkan kekal , cari yang mencintai korang insyaAllah . 
kalau mencintai ALLAH kita buktikan dengan solat,ketaatan dan kesetiaan pada Allah 
macam tu juga cinta , kalau tak da bukti susah kita nak percaya seseorang yang cinta kita :)

terima kasih cinta , terima kasih Allah , : )

"jalanku"







TERBUKA PINTU SYURGA

Assalamualaikum

hai pembaca , malam ni amat membosankan sebab musim nad mengganggur . masih dalam kebingungan nak melakukan kerjaya apa ? belajar course apa? study mana? ishh tension la fikir masa depan ni . kadang-kadang apa yang kita rancang dua tahun lalu semua tak menjadi hehe . mungkin inilah salah satu ujian Allah kan ? jangan anggap semua masalah adalah masalah tapi anggap lah semua masalah adalah ujian , barulah kita dapat hadapi dengan tabah :) . insyaAllah 

2 hari baru ni nad ada photoshoot untuk batikvalley.com perniagaan online . agak best dapat pengalaman depan camera ni . mula-mula amatlah kaku diri ini rasa macam robot , setelah itu mulalah mulut ku berkeras lupa macam mana nak serlahkan senyuman di bibir manis ni hehe "belasah jelahhhhh" mai la usha sat kita punya photoshoot hehe 
me with aida zawanie azizi , cool kan kita , i love you la adik :)


okey lari dari entry sebenar hehe , actually nak cerita sesuatu seseorang telah membuka pintu hati nad ni untuk berubah jadi muslimah sebenar , seorang gadis . rasa macam bahagia bila kita dah menutupi sepenuh aurat kita kan ? belum la mula lagi tapi insyaAllah , doa2kan kay . 

penutupan yang perlu kita buat untuk gadis yang macam saya >,<

1. pakai tudung labuh menutupi bahagian dada ( guna shawl bagi labuh ckit atau nak trend ckit beli kain bidang 60' ala2 helizahelmi ^_^ ) cantik kan ? 

2. pakai stoking kaki ( still nampak fesyen okey tada la nerd sgt . cantik pe pakai stoking , sweet gitu ) dan style baru sekarang beli la stoking yang mampu 2 in 1 cam ni , bleh ambil wuduk dengan senang , cool kan ?


3. pakai cardigan yang labuh menutupi punggung ( still tutup bahagian yang menarik dan menggoda lelaki )

4. pakai skirt labuh ala2 style lani , tak de la nampak bentuk kaki sangat kan ? ( tetap cantik dan muslimah ) ala2 idola nad ni hehe

5. pakai sarung tangan supaya tak nampak bahagian kulit paras pergelangan tangan :)


objektif : cantik sangat kalau pakai menutupi aurat , islam tak melarang kalau nak berfesyen , fesyen aje janji korang menutupi aurat menikut syarak-syarak yang ditetapkan Allah s.w.t . 

i wish i can be "muslimah sejati" 
semua manusia menyimpan niat untuk melakukan perubahan cuma menunggu waktu yang sesuai =)

so korang dont judge on my writing kay , nad cuma share apa yang patut , nad pasti kita ada "jalan" masing-masing , Allah The Truth :)

semoga berjaya >,<

"jalanku"