Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Thursday 31 May 2012

CEMBURU MEMBAHAGIAKAN ATAU MEMUSNAHKAN ?

       

Assalamualaikum ^^

cemuburu ? apa makna cemburu , sukar nak diterjemahkan disini , apa kata korang pergi tengok sendiri dekat google ^_^ sebab perasaan kadang-kadang susah untuk di beritahu kerana kita hanya merasakannya dan melaluinya .

cemburu itu membahagiakan atau memusnahkan hubungan ? , tidak semua cemburu memusnahkan hubungan kan dan ia akan menjadikan topik perbalahan utama sebuah pasangan apabila memutuskan untuk berhenti  bercinta .

sesetengah orang dia sangat suka pasangan dia mengaku cemburu , tapi cemburu yang keterlaluan aka memakan diri sendiri . percayalah , cemburu itu kadang kadang membawa bencana kepada hubungan . cukup lah sekadar kita merahsiakan perasaan cemburu itu , biar hanya kita dan Allah saja mengetahui segalanya kerana yang menentukan adalah Allah . Kita berhak untuk cemburu tapi kita tidak berhak menghalang atau mengawal hidup seseorang kerana hidupnya bukan untuk dikawal kerana dia akan berasa peluang hidup masih panjang . 

kebaikannya cemburu itu juga kadang2 bila gaduh ada pulak pujuk2nya kan ? tapi bila kita meluahkan rasa cemburu itu mungkin pasangan dapat memperbetulkan keadaan dan cuba menjaga hubungan dengan lebih baik .  cemburu juga mengeratkan hubungan . 

apapun , bergantung kepada masing-masing macam mana untuk mengawal keadaan .

ok yaw peace ^^ .



Tuesday 22 May 2012

Assalamualaikum ^_^

seluas mana kita percayakan seseorang itu belum tentu dapat menyakinkan dia untuk percaya kita .
kenapa kita perlu tonjolkan pengorbanan kita ? maksud pengorbanan bukanlah untuk diungkit semula , pengorbanan adalah secara diam , kita tidak perlu menghebohkan pengorbanan kita kepada orang lain dan biarlah orang itu sendiri yang menyedari pengorbanan kita . kecoh betulkan ? 

pengorbanan bermakna kita tidak minta balasan semula , biarlah hanya kita tahu betapa kita ikhlas mengorbankan masa , tenaga dan wang untuk seseorang , mungkin juga mengorbankan cinta yang kita miliki sekarang untuk kebahagiaan orang lain .

dan janganlah kita mempertikaikan pengorbanan kita , cubalah melihat pengorbanan orang lain demi kita . kita perlu sedar itu bahawa ada orang yang tersembunyi sedang mengorbankan banyak benda untk buat kita bahagia . cuma kita perlu adalah menghargainya .

ikhlas itu boleh dilihat dari matanya , dan jangan dilihat pada bibirnya kerana bibir kadang2 kita akan cepat tertipu . 

segalanya adalah pilihan sendiri . ^_^ 


Saturday 12 May 2012

assalamualaikum ^^

bismillahhirahmannirrahhim , mulakan dengan yang baik dahulu , semoga apa yang kita inginkan akan kita perolehi . 

hari ini keadaan dekat ward 1A sangat mengembirakan hati , apabila melihat senyuman Puan Liliey , apabila mendengar ungkapan terima kasih dari bibirnya , apabila setiap hari dia menunggu aku ..membuatkan hati aku sangat tersentuh dikalbu , dia menyentuh hati aku kerna aku telah menyetuh dia dengan kasih sayang dan tanggungjawab ku , 

aku berasa sangat tenang melihat mereka sudah kembali pulih , tapi dalam keadaan yang sama , hati ku sangat sedih dan hampa apabila Puan Liliey yang sudah berada dalam jagaan di WARD 1A selama 4 minggu akhirnya akan pulang kerumah , 

sungguh , aku masih terharu dengan kata2 nya , masih tergambar diakalku senyuman manis diwajahnya . hanya itu yang aku mampu , kasih sayang itu lebih berharga dari segalanya , 
walaupun kami berbeza agama dan bangsa .  aku masih melayani mereka sebagai manusia kerana Allah menciptakan kita ini serupa .

kita harus saling menyanyangi kerana itu saja kekuatan untuk mengekalkan hati sesama manusia .

aku rindu ibu dan ayah ku =)