Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Friday 11 November 2011

ALAMAK EX MUNCUL ! APE PERLU BUAT? *ANNOYING

Assalamualaikum

salam . hai pembaca , selamat la buat sesape( 11/11/11) yang nak menikah ke , kahwin ke , tunang ke , bercerai ke , break ke eh silap ! memang tarikh yang tepat untuk tahun 2011 ni , hari yang penuh dengan senyuman dan tauladan , hari jumaat merupakan penghulu segala hari , bukanlah nak mulakan khutbah jumaat sekarang ok =.='

kali ini entry kelihatan  MACAM GEMPAK kan ? . aku memang tidak arif dalam mengarifkan benda-benda yang entah apa apa ni semua , cuma aku nak kongsi saja dengan korang semua apa yang patut korang tau !  memandangkan aku baru saja mengalami keadaan di atas , sebagai balasan coretan hati ini , aku ulas menjadi satu karangan melebihi 180 patah perkataan ala ala SPM dulu , apecam ? ok tak?

SOALAN buat EX B/G :

1. kenapa perlu kau hadir kembali ? sedangkan waktu putus dulu , kemain lagi kau tekad , "aku benci kau ! dimana ada kau disitu tiada aku ! lebih baik kita putus ! "

2. kenapa masa pujuk dulu kau iyer iyer je tak nak bersatu kembali tetapi setelah dia dah ada yang miliki , barulah kau gedik-gedik meseg konon tanya khabar "miss" dia ! tak malu ke ? kau rasa mana pergi kata-kata kau dulu ? 

3. dulu kemain lagi kau hina dia , lepas tu kau couple orang lain , kau nyesal lepas dia , then baru kau datang nak puji-puji balik "i suka cara you layan i" *annoying babe , meremang bulu  roma aku =.='


SOALAN buat "dia" ( punya EX B/G) :

1. kau bukan main lagi cakap kau benci ex kau dulu , dia macam gini la, dia mcam tu lah , konon jauh panggang dari api , kau  cakap kau sayang gila kekasih kau sekarang , bila ex kau datang apesal nak kena heboh ? perlu ke?

2. jangan la perasan kau hensem / cantik sangat sampai kau nak bangga ex kau tu cari kau , bersyukur cukup la yang kau buktikan kau terbaik , tetapi perlu ke kau layan dia balik sampai kau letakkan kekasih kau kat hujung langit ? MACAM DEBU YANG HALUS TIDAK KELIHATAN di awangan . perlu ke?

3. kau cerita macam haprak gila ex kau cari kau sampai buat kekasih kau cemburu , apesal bila kekasih kau nak tegur ex kau  , kau marah dia,  konon "back up" ex kau balik ! kau rasa apa kekasih kau rasa ? siapa yang perlu diiktirafkan sebagai kekasih sebenarnya sekarang , dia ke ?ex ke ? itu bukan gentle itu mental =.='


SOALAN buat kekasih (G/B dia)

1. perlu ke kau menangis sebab seorang kekasih yang tak pernah nak hargai kau , bila kau tiada dia mencari , konon kau lah bintang bercahaya dulu, sekarang kaulah kegelapan ku , haha perlu ke?

2. kenapa kau sabar lagi dengan orang macam gini ? mesti kau benci gila ex dia kan ? tetiba muncul selepas bertahun ucap "miss you " , asal kau begitu mulia .

3. perlu ke kau jadi naif sangat sehingga kan dia dah sakiti kau berjuta kali , kau masih cakap "you are my only one and last forever " perlu ke ? putus je la , bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor , hangat telinga aku babe dengar kau menjiwang hari-hari ,


JAWAPAN buat EX G/B : 

1.  tak perlulah kau nak memusnahkan kehidupan orang lain setelah apa yang kau musnahkan dulu , dia telah temui kebahagiaan bersama orang lain, itu salah kau kerana kata-kata kau yang menjadikan perpisahan dulu, biarlah dia bahagia , jangan lah pula kau menjadi orang ketiga antara mereka , hidup mesti diteruskan . kau kan HOTSTUFF ,

JAWAPAN buat dia ( ex G/B )

1. cukup lah kau menghina ex kau dahulu , tidak usahlah kau junjung dia kembali sedangkan kau sudah ada yang memiliki , fahami lah hati kekasih kau sekarang , dia pasti menunggu dan mengharap kan kau , yang berlalu biarkan ia pergi mengapa perlu suburkan cinta yang sudah lama mati , setialah pada yang adil menanti dan mencintai mu

JAWAPAN buat kekasih dia

1. cukup lah kau menangis , hapuskanlah air mata mu itu buat mereka yang ingin memusnahkan kebahagiaan kau yang sudah lama kau membina , kuatkan lah diri mu dengan doa dan sabar , jadi lah berbeza dimatanya, sesungguhnya kau amat berbeza dari yang pernah dia miliki, tunjukilah itu , buktikan cinta kau tanpa menangis kerana kau justeru tidak layak untuk membasahi pipi itu untuk manusia yang tidak hargai cinta kau , bangkit lah kembali dan mohon kebenaran serta petunjuk dari Allah


--------------------------------------------------------------------


JANJI ALLAH : perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat , so then kalau nak yang baik , jadilah baik , ok aku pun ! haha 

inilah dinamakan cinta tiga segi , tidak lah masuk akal untuk meletakkan manusia ditempat yang pertama dihati kita, manusia hanya kiasan semata-mata , letakkan lah cinta Allah dihati mu nescaya kau akan merasakan keabadian cinta sebenar :) acecece . 

dan kepada yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan menjadi kesakitan pada orang lain , janganlah teruskan niat itu , kerna kau akan dapat kesakitan yang sama kelak , itu jamin ku ,

thank you for reading 

"jalanku"











No comments:

Post a Comment