Cinta itu bagi aku umpama sebentuk piramid, ia pada mulanya luas dibentangkan , tapi pada dasarnya cinta itu susah dimiliki kerana cinta tidak bermakna jika hanya memberi malangnya tiada penerimaan , pada akhirnya hanya satu titik yang menyatukan cinta sesama manusia iaitu titik perkahwinan , titik teratas yang menyambungkan setiap bucu piramid . hanya satu titik . titik yang menjadi puncak pengakhiran sebuah penantian . titik yang akan memberi sejuta makna pada setiap manusia , sejuta tanggungjawab , sejuta perasaan.
"PIRAMID CINTA"
********************
Assalamualaikum
hai pembaca , ini adalah posting kedua untuk hari ini, sudah lama otak ini membeku akhirnya otak aku mula cair macam hati aku haha , gelimak!!! berbunga-bunganya ayat piramid cinta inspirasi dari hidup aku sendiri , pada mulanya kita akan bersusah dahulu dan pada akhirnya kita akan menemui satu puncak yang mengakhiri segala pertemuan dan penantian . bukanlah bermakna aku nak bagi tahu aku akan kahwin nanti ! oh tidak ! aku masih muda dan masih mencari puncak hidup aku , aku masih mengejar impian dan cita-cita , belum lagi, ini cuma lah satu kata-kata yang mampu merangsang semangat korang untuk mencari titik pengakhiran cinta korang . good luck ya .
SELAMANYA TIDAK BERMAKNA SENTIASA
Ya , kamu boleh bilang yang kamu cinta kekasih kamu selamanya tapi tidak sentiasa ,
contoh" saya janji saya akan cinta awak selamanya ".
memang kamu mencintai dia selamanya tapi kamu tidak dapat memiliki dia sentiasa .
cinta kamu akan kekal dalam hati kamu selamanya kerana dia cinta pertama buat kamu tapi tidak pada jasadnya , kita mungkin akan kehilangan dia bila-bila saja , jodoh pertemuan adalah ketentuan tuhan . kita tidak dapat sentiasa menyentuh hatinya . bersedialah kehilangannya .
contoh "sayang , saya penat hari ini , kita luangkan masa nanti ye",
kamu pasti kamu dapat menjadi isteri/suami/tunang/kekasih pada dia buat selamanya tapi ingat tidak sentiasa dia dapat bersama kamu , setiap orang diberikan tanggungjawab dan ingin memikul tanggungjawab itu , jadi let them do it , janganlah memaksa untuk selalu sentiasa meluangkan masa , yakinlah pada dia , fahamilah kerjaya dia. yang penting kamu sudah tahu dia untuk kamu selamanya.
contoh " yeaahhhh aku pasti berjaya untuk hari ini , tunggu lah kau !! setiap hari aku tak pernah kalah!!"
haha funny , ignore saja dialog itu , cuma ingin disampaikan tidak semua kejayaan kita akan berlaku setiap hari dalam hidup kita , setiap kehidupan perlu temui kegagalan dahulu , tapi hanya satu kejayaan yang akan mengubah hidup kita untuk selamanya........ am i right? ala macam harimau malaya la, mereka berjaya semasa berentap dengan garuda yang mencetuskan revolusi antara malaysia dengan indonesia selamanya , tapi baru ini diorang kalah. so kita harus terima kekalahan itu , yang penting kita sudah berusaha . selamanya tidak bermakna sentiasa.
contoh " mana mak aku ni , masa aku ada rumah dia tak de , masa aku tak de dia ade ,"
jangan cepat melatah ya kawan , ibu bapa tetap menjadi darah yang mengalir dalam tubuh kita untuk selamanya , tiada siapa yang dapat mengubah itu , tapi mereka tidak akan sentiasa dapat berada dengan kita kerana hal kerja , hal2 rumah , hal2 ehwal negara , ye la ibu bapa sekarang banyak pangkat2 nya , so kita anak kena lah faham bahawa semua masa ibu bapa itu adalah untuk mencari rezeki untuk kita dan masa depan kita kelak , masa kita kecil tak tumbuh gigi dulu ibu bapa banyak luang masa melihat kita membesar didepan mata mereka , so sekarang kita sendiri yang kena faham ya.
cukuplah sampai sini saja ulasan aku , selamat MEMAHAMI ^_^
barulah tiada persengketaan dalam hubungan sesama manusia.
semoga berjaya ya
"jalanku"