Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Friday 4 January 2013

Cinderella not with her prince

BISMILLAH

Assalamualaikum , selamat datang januari , aku menanti kamu januari .

setelah hati aku dipetik oleh dia , selama 2 tahun kami jalani satu kehidupan dalam satu peringkat remaja yang penuh dengan dugaan , aku tahu percintaan ini masih muda bagi kami untuk terlalu serius sebab itu dia penah bagi tahu aku , pemikiran kita masih cetek lagi semasa sekolah , kita belum lagi membuka mata untuk melihat dunia luar, tapi selepas dia melihat dunia di sekeliling nya , dan aku melihat sekeliling ku , dugaan dalam kisah kami semakin pedih , aku mula hilang keyakinan yang kami akan kekal . 

itulah bezanya bercinta diwaktu sekolah dan bercinta dimasa kita semakin dewasa . Ibu penah berkata kepada aku , kalau kita ingin menguji cinta seseorang itu terhadap kita inilah masa yang tepat untuk mengujinya , menguji kesetiaannya ,, menguji kepercayaan , 

konflik ? konflik itu akan sentiasa muncul walaupun kekadang kit acuba menglak kerana masing2 berdiri dengan egonya sendiri . Jika dia benar ingin melepaskan aku , jika ini yang dapat memberikan ketenangan pada hati nya , aku redha mungkin inilah kebahagiaan yang dia cari selama ini yang bukan datang dari aku . Aku redha melepaskan dia walaupun sakit buat aku untuk  melepaskan tangan aku , .

Dulu kami berjanji  akan sama-2 belajar , sama-2 berjaya , sama-2 berikrar untuk setia walau[un beribu rintangan yang datang melanda dan bila sampai panggilan jodoh itu kami akan berkahwin , tetapi apakan daya aku , ini sahaja yang aku mampu untuk mempertahankan cinta aku , dia sudah memilih jalan dia sendiri dengan membawa haluannya . 

Inilah takdir Allah untuk kami , aku kuatkan hati aku selalu disejadah ku memohon ketabahan dihadapan Tuhan ku , aku redha jika dia sudah bukan dari tulang rusuk ku , sebanyak mana sekalipun aku mencintai dia kalau sudah memang ini yang bukan tersurat dalam hidup aku , aku harus terima ='( 

sayang , dimana pun kamu sekarang , aku doakan kau bahagia dan berjaya . semoga kamu dapat memiliki seperti kamu impikan didalam hidup mu . Aku akan sentiasa mencintai kamu walaupun kau bukan milikku . 


dengan air mataku , selamat jalan sayangku , terima kasih atas segala kasih sayang yang kau rugikan untuk diriku dahulu , maafkan aku jika aku menyakiti hati mu , harap kau tersenyum tanpa aku . 

salam . 

No comments:

Post a Comment