Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Tuesday 22 January 2013

My Cinderella Story

Assalamualaikum =) 

Bismillah , mulaku disini dengan nama Allah , hidup aku semakin tak keruan , aku semakin mencari-cari dimana letaknya aku , aku masih terkapai-kapai di awangan kemana harisku pergi,aku terus berusaha mengejar cinta yang tidak pasti bagi menemani hidup ini .

Tapi akhirnya , sesuatu yang aku kejar dengan paksaan mendatang keburukan kepada aku , disitu aku sedar siapa aku , The Story of Zouluna yang orang lain agungkan , yang orang lain nampak diluar bahagia , sebenarnya bagi aku orang sekililing yang menciptakan hubungan ini bukannya aku dan dia . 

Bukan mudah membina satu kasih yang terbuku dihati ini selama 2 tahun 2 bulan , perkenalan kami bermula sejak zaman persekolahan lagi , sehingga kami remaja kami masih kekal dengan pegangan kami tapi keadaan mengubah segalanya , apabila kita semakin meningkat dewasa apabila kita sudah berpegang kepada cita-cita , apabila kita telah melihat dunia yang sebenar , apabila kita sudah bukan lagi kokongan keluarga , kita mendesak diri untuk menjadi orang yang bebas . 

Terlalu banyak kenangan jika mahu diungkitkan tapi hanya air mata yang dapat mengenanginya , aku menghulurkan cinta seikhlas hati aku , aku tahu dia juga berusaha mencintai aku tetapi keadaan sudah berubah dunianya sudah berbeza , dia dikelilingi kawan2 baru , kehidupan baru suasana baru yang membuatkan dia mendesak dirinya disana .

Aku tak berhak menghalang , aku juga tidak berhak cemburu , kerana itulah aku melepaskan dia , kerana itu jugalah aku menghilangkan diri dari pandangan orang , aku yakin masih banyak yang dapat memilikinya , aku sudah jujur dengan cinta aku , aku tidak pernah mencuranginya melainkan dia dan sejarahnya , tetapi aku selalu menjadi bahan ini disalahkan sedangkan tiada seorang lelaki pun yang mampu gantikan dia dihati aku . 

Dan akhirnya aku mengambil keputusan membawa luka ini secara senyap , aku tidak pernah mahukan yang terbaik dari dia , aku cuma mahu kesetiaan , kepercayaan , dan kejujuran dari hati nya .

Cinta paling hebat apabila kita diuji dengan jarak , ketika itulah baru kita dapat mengenal prince charming kita , siapakah dia dahulu ? siapakah dia dan sekarang ? kerana mereka sedang meningkat dewasa , masing-2 memerlukan masa untuk menjadi lebih matang . jika ini keputusan yang terbaik untuknya , jika ini dapat membahagikan dirinya , aku juga turut tersenyum walau hati lara .

Tidak akan aku munculkan diri lagi , pesanku pada dia , untuk mencari cinta sejati , kita perlu mencari cinta Allah dahulu , dan Allah akan beri yang terbaik untuk mu .

=') semoga kebahagiaan menanti mu selepas kepergianku prince charming . 

THE END.


THE STORY OF ZOULUNA

No comments:

Post a Comment