Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Tuesday 2 August 2011

Saat Hati

Assalamualaikum . .

salam sejahtera semua , sekarang

hari : rabu
pukul : 4.18 a.m
tarikh :3 august

entah kenapa aku rasa tak boleh nak melelapkan mata aku hari ni , aku rasa aku sudah jadi burung hantu buat masa ni , burung hantu jea panggilan yang sesuai untuk aku malam ni , eh pagi ini heeh , kepada yang tengah bersahur masa ni , selamat bersahur dan baca bismillah serta jangan lupa niat kerana Allah Taa'la .

berkisarkan tajuk asal aku kali ini "saat hati" , ok mesti korang bingungkan ? bila hati seseorang diketuk oleh seseorang ? ape akan jadi , mesti la terpukau sebentar kan melayan perasaan , tapi bila si gadis ni terlalu cintakan bf dia , dia sanggup memberi maruah dia ke? jangan sesekali girl ,

bila keadaan si gadis dikecewakan , dia mula la nak berkurung dalam bilik sambil memegang sekotak tisu mengelap air mata yang berduyun-duyun keluar tu ,macam ni



dah tu sampai ada sanggup membunuh diri . jika gadis itu penah terlanjur dengan bf dia . . dia akan rasa bersalah ? kan ? tapi  kenapa sebelum tu dia tak fikir baik2 . . mesti bf dia cakap macam dalam filem . .



"syg ? u syg i?"
"syg la u , syg sgt sgt sgt "
"kalau syg . . (dalam erti kata dot dot dot)"
"i janji i sumpah i akan kahwin dengan u . . hanya u yg bertahkta di hati i "

>> lelaki berkata-kata memang manis . . tapi please la jangan jadi tolol sangat nak percaya , jika betul dia sayang kita dia akan bimbing kita ke jalan yang benar <<<

berlakulah aksi yang tak sepatutnya


then mulalah nak nyesal . . lebih baik dia menangis bertaubat kepada Allah dari dia menangisi meratapi dan merayu macam hamba kepada bf dia . . kan? pleasa la . . dont do that . jika anda penah melakukan kesilapan better anda perbetulkan kesilapan anda , kenapa Allah mengurniakan cinta didunia ini? Allah memberi perasaan cinta itu supaya kita mencintaiNYA lebih pada yang lain didunia ini , semua kesalahan ini berlaku kerana anda mencintai bf anda lebih pada Allah , jangan sesekali . . bila kita kehilangan sesuatu didunia ini , kita masih punya Allah .

1.jika hilangnya cinta manusia kepada kita , cinta Allah kepada hambaNya tidak hilang
2.jika kurangnya kasih sayang manusia kepada kita , kasih Allah tetap yang paling kekal 
3.jika tiada pedulinya manusia kepada kita , Allah sentiasa pedulikan kita . sedar itu!

buktinya , kita masih diberikan rezeki yang melimpah ruah dibumi ini ,
buktinya, kita masih diberi peluang hidup dan masih punya nyawa bagi bertaubat untuk ke syurganya

ingat , jangan sesekali menempatkan lelaki yang kamu cintai di tempat yang teratas dihatimu, tapi tempatkan hati kamu dengan Allah , nescaya semua keburukan akan dijauhi kerana Allah juga menempatkan kita di tempat yang selayaknya . . syurga , insyaAllah

Allah tidak kejam untuk menghukum kita , kenapa kita ingin mengejami diri sendiri kerana seorang lelaki , jangan menghukum diri sendiri . anda patut sayang diri anda , kerana diri seorang wanita adalah sangat berharga , tunjukilah harga mu itu , kamu sangat bermaruah , jangan tunjukkan yang kamu adalah loser , kerana kamu perlu kuat , mereka suka tengok kita lemah . so dont !

sedangkan ibu bapa kita pun tidak menghukum kita seperti ini kan ? mereka siapa ingin membuat kita seperti ini , dari kita menangis kerana mereka lebih baik kita menangis meminta ampun kepada kedua ibu bapa kita , mereka lebih deserve untuk air mata kamu itu . . ;)

rasai lah cinta yang sebenar dalam diri kamu . . jangan cinta kerana nafsu ,

percayala cakap aku , dirimu amat berharga ;)

hanya sekadar beritakan kebenaran yang kita nampak didunia akhir zaman sekarang

thanks for reading ;)

salam

2 comments: