Selamat Datang ke zoo. .

ada yang tengah mengaru macam cimpanzi ;p

maybe i'm LUNA

My photo
wekem semua , check it out my blog , please follow me kay , cantik laptop awak ... heee

Monday 30 May 2011

KOMIK LAMPAU. . !!!!

assalamualaikum . . hey guys . . yang comel2 dan wangi2 tu. .  entry aku hari ini , aku nak kabarkan pada korang tentang kisah hidup aku yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku,  . . nak tau tak jalan cerita dia masa budak2 hingusan lagi ? permulaan nye macam mana? aku tak pandai nak buat karangan la..so aku jelaskan dekat korang melalui komik aku..OK tak? kisah ni tak sehebat kisah hidup korang tau . .!! ok dipersilakan menghayati dan menyelami sampai batu karang hidup aku hehehe gediknye!! jangan lupa pakai gas oxygen yang seberat gajah tu ok . .haha  ALKISAH nya macam ini . . >>> jeng jeng jeng . . >>>
masa ni aku form 1 . . aku sekolah dekat smk tanjung bunga . . junior lagi la . . memang habis comot giler la time ni. . budak budak hingusan lagi . . hehe baru nak kenal dunia . . lepas dah jadi warga sekolah tu . . aku pun belajar la macam biasa . . TUT TUT aku dengar cerita budak lelaki sorang ni suka dekat aku . .umur sama dengan aku . . kelas no 2 CEMPAKA. . seriusly aku memang tak suka nak melayan perasaan orang time-time belajar ni . . mampuss la budak tu . . si comot ni pun dia minat . . last kali aku benci habis mamat ni . . memang benci yang teramat la sangat . . sampai thermometer pun tak dapat nak baca takat suhu kebencian aku dekat dia . .haha agaknye meletup kot thermometer tu. .  rimas la . . cinta2 ni . . ayeeeerrrrrrr. . 

ni haaa time sekolah form 1 dan form 2 . . setiap kali aku terserempak dengan dia memang aku berpaling muka , pandang wajah dia yang hensem ckit tu pun TAK NAK EDEN!! PADA SUATU HARI . . hehe ayat tak boleh blahh , tahun 2008 , aku form 3 . . terjadi la kes rompak merompak dekat kelas tu haha gurau je . . sebenarnya ada kes dekat kelas aku (2 anggerik ) tahun lepas . . so tahun form 3 ni . .nak tau  habis kelas jadi caca merba la budak2 ditukar tukarkan kelas oleh cikgu yang bijaksana lagi adil itu yang sangat aku sayangi dan rindui . .selepas itu . . mamat yang dibenci oleh nadhirah binti jasman ini telah disatukan secara paksa dengan saye.!!!OH TIDAK!! hehe korang kena tipu . .!! yang benarnye mamat tu ditukarkan SATU KELAS dengan aku . . nak ke tak . . terpaksa la cakap sikit dan aku lebih banyak menyombong tunjuk hidung yang tak berapa mancung ni dan penyet ini hahaha picit sikit hidung korang mesti mancung kan? . . 
lepas itu nak tau ape jadi ???? ada budak baru yang cun melecun lagi terindah menawan dan gadis ayu telah masuk ke sekolah aku dan telah diarah kan untuk masuk kelas aku . . yang best nye budak baru tu jadi kawan baik aku . . 
masa tu . . gadis ayu itu memang digilai ramai dan popular la . . yang syok nye . . gadis ayu sudah menerima lamaran mamat kebencianku itu . . so bila dorang nak pergi dating atau keluar mana-mana berdua . . yang jadi peneman dan pengacau nye .. AKULAHH!!haha . . dalam benci-benci aku . . terpaksa lah aku bersahabat dengan mamat kebencianku sebab aku dah jadi sahabat gadis ayu . . takat suhu thermometer kebencian aku tu dah menurunnnnnnnn. . secara automatiknya dan bukan manual sama sekali . . yang sedih nya . . jodoh mamat dan gadis ayu tak panjang . . bile naik je form 4 dan form 5 . .mamat kebencianku yang telah kurang benci aku pada dia . .masih satu kelas dengan aku . . kami menjadi kawan yang rapat , semua hal ehwal dan  masalah dia serta kekasih dia merangkumi hal-hal hati dan perasaan dia semua aku tahu . . kiranye kita kongsi cerita la . . sama2 . . 

pada ketika itu . . aku luahkan pada dia yang aku minat mamat alim sorang ni . . tak tahu pulak aku dia nak jelezz . . dia pun ada girl  . . kami masing-masing buat haluan sendiri . . pada suatu hari . . hati aku berbelah bagi sayang dekat mamat alim ni dan mamat benci ni . . herrrhhh . . susah nak buat pilihan . . last kali aku memilih unutk berfikir dan biarkan aje persaan itu berlalu . . aku dah tak ingat cerita dia . . tapi yang aku tau lepas tu aku menjadi TEMAN TAPI MESRA dengan dia . . perasaan kami sama . . pertengahan tahun 2010 . . kami masuk BORIA SEKOLAH . . aku kena handle baju-baju budak boria semua . . korang bayang kan aku kena jahit benda ape tah . . merambu-rambu . . aku soarng je yang buat . . sebab aku je yang tahu jahit masa tu . . masa lagi beberapa hari nak perform . . cikgu push aku . . jahit . . mana aku mampu buat sorang . . aku pun jadi la bertukar seperti harimau yang kelaparan daging manusia . .aku pun mengamuk dorang tak tolong aku . . setelah itu daripada harimau aku bertukar menjadi seekor rama2 yang ayu gitu dan nangisssssssss. . . hahaha ayat gedixx giler kot . . biasa la perempuan kalau tak nangis tak sah kan  . . aishhh . . bengang betol . . kenapa hati aku tak kuat time tu...yerhhh..
aku pun lari belakang dewan dan nangis . . dengan romantika nya dan gentleman la konon . . mamat benci tu . .kejar dan lap airmata aku dengan sapu tangan dia . . aku rasa sapu tangan tu bersih kot!!!hehehe bila orang tengah pujuk ni rasa nya lagi banyak kot air mata mengada-ngada keluar hahaha . . gedikxxx. . . setelah itu aku pun berbunga hahaha selepas beberapa bulan mengenal hati budi . . aku berjanji untuk menerima dia selepas aku MENAMATKAN PEPERIKSAAN TERPENTING iaitu SIJIL PELAJARAN MALAYSIA . . dia pun says "OK" . . memang kita digosip kan awal2 lagi dekat sekolah . . tapi bagi aku biarlah belajar dulu . . sebab ilmu lebih penting dan automatik kita beribadah dalam diam kankankan . .cehhh ayat macam hantu jembalang. .
spm pun dah berakhir . . aku pun memang riang tak terkira . . rasa seperti dunia buku sudah dihapuskan oleh seekor raksasa . .yarrrhhhhh!!!!huhuhu best giler dah habis spm . .aku dah buat yang terbaik dan termampu aku . . 
selepas pada itu . . mamat benci yang aku cinta dan sayang ni . . melamar aku jadi teman hidup dia . . dengan ikhlasnya aku menerima dia seadanya. . alhamdullillah buat masa sekarang kita masih kekal dan harap ada jodoh . . kami hanya mampu merancang . . Allah yang lebih berhak menentukan nya. . 
sampai disini saja cerita aku . . panjang tak? pengajarannya . .jangan benci orang . .betul la kan nasihat orang tua-tua . . "jangan benci nanti kawin baru tau!!" hahaha dah p tidur semua . . !!hehehe "komik ini dicipta sendiri dan dilukis serta diedit oleh NADHIRAH JASMAN "tatata . . selamat berceloteh lagi . .
"JALANKU"    . .

"YA BETUL AKU GILA"

..............................................

"YANG BERSERI-SERI"

No comments:

Post a Comment